Thursday, December 3, 2009

i'm pissing off



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku sedang consider utk keputusan mengharukan ni.
huhuhu..

coffee break~

this is really smooth colour of white coffee

this is a cup of beautiful cappuchino

this is an art of sweetness coffee decoration
this is a pleasure needed one cup of coffee...

how to taste it ?
try to get one la.fufufu~
its worthy getting all taste of good coffee as well as being a part of me.


okes..coffee break~!
sambung keje lak pasnih.

adieu~

cermin;.

telaga simpul~
aku pernah sampai kawasan pantai ni.
pernah hirup udara pagi disini..hirup udara petang disini.
dari embun yang datang hingga matahari turun ke ufuk.

tempat hati rasa lapang.
tempat hati pandang laut.
tempat hati pandang bot2 nelayan.
tempat air dicelupkan kedua kaki
tempat hati tafsir matahati.

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha mendengar
Kau yang Maha melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang

Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun ~


yang dicinta ’kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata.

Wednesday, December 2, 2009

ego;.


camne bunyi ketapi bejalan ha..?
tut..tuuuutt....ke..puuttttt..puttttttt...
bunyi train keluarkan asap stim ke bunyi gerabaknye yang begetar lagi cun?
tak semene-mene bunyik yang disoalkan.fufufu..

bunyi antara stim yang dikeluarkan tu dipanggil ape ye.
cikecikecik....cikecikecik...puu....ttttttt cikecikecikecik.....

heh,nak tak nak,keretapi bila dah bergerak,dia akan terus bergerak.
destinasinye cuma dihujung penamat last.sambil singgah di stesen2 dan terus sambung semula perjalanan.bunyi dan terus berbunyi...

hidup camtulah.singgah di tempat yang dikira boleh diambil sikit pengalaman berguna,berhentilah kejap tanpa hilang matlamat hidup yang asal.
kadang2 kite tak mahu berhenti di stesen2 tu,tp ttp berhenti disebbkan ade yang lain memerlykan hentian tu.nak tak nak,kite terpaksa hirup udara di kawasan hentian itu.
on the spot,tertinggal train.ape yg boleh dibuat?

kerjarlah semula train tu walau dgn cara apa sekalipun.
berani ker? atau trus stay kat situ je.masa akan terus berjalan..

abahku pesan,nilai dan buat keputusan baik2..
aku singkap semula..keretapi yang tertinggal.
ape berlaku sekiranya keretapi tu crush di tengah jalan?

betapa berat beban dihati dgn berapa berat tanggungjawab dipikul,
hiduplah aku sbg seorang yang ada identiti.

Thursday, October 29, 2009

mengetuk hati:.

berbeza jantina antara laki2 dengan perempuan.
keinginan hati saling berbicara pasti timbul.
pemula hasrat dicari2 sebagai pemula bicara dalam soal hati.

bila dah sayang semua menjadi.
aku bukanlah cenderung pada isu2 hidup seakan ni.
cuma tesentak dlam fikiran,hanya apa yang terlintas dalam pemikiran ,
terjemahkan sahaje dlm blog.aku cuba cari ayat dari hujung hingga akhir tentang soal hati.

kerana aku sendiri tak tahu ape itu menyayangi...

Thursday, October 22, 2009

susut badan..

Harini aku singgah smula ke skolah lama.
bekas skolahku..yang byk tahun dah ku tinggalkan.
Bangunan pun dah bercat baru.guru2nye pun dah bertukar ganti.
Padang skolah masih lagi bersaiz camtu.ade la jugak batang2 pokok yang tumbang waktu rebut tahun lalu.
Skarang tempat tu dah penuh dgn lalang,rumput panjang.
Tukang kebun mcm dah tak potong rumput area situ.
Barangkali ade kot ular 2 kecik..tapi kawasan skolah tu masih lagi hijau..hijau tak terbela kot..kot la..

Harini ade majlis graduasi.
dan adikku tergolong penerima anugerah.
Aku intai dari jauh ..keadaan sekitar penuh dgn warna-warni baju student yeng terlibat.

Tak lama,aku bergerak naik aras satu..berbual2 dgn cikgu yg ditarget utk ku jumpe..
then turun terserempak dgn cikgu yg berbadan sihat..

terbit perkataan dari mulut beliau ‘’kenape awak ni.makin kurus sy tengok’’.

Aku tunjuk gigi atas je ler…’sihat cikgu?’’. ‘’sihat saye’’.

nasib baik ade cikgu lain selisih,buat modal larikan topic dan terus aku beranjak..

huhu..aku kurus ke..adeh..

Sunday, October 18, 2009

Keperluan dialog inggeris:.

Orang kate bhase inggeris boleh bawak kite jauh.

Orang pun kate bhase inggeris kat skolah tentukan pencapaian akademik.

Orang pun kate bhasa inggeris ni penting dlam hidup sharian kite lagi2 dah masuk dalam alam kerja.


Aku kate bhase inggeris x reti pun boleh bwak kite pegi jauh.

Aku kate lagi bhase inggeris dari elementary hingga tamat spm tak tentukan nasib student tu termasuk golongan dapat masuk subjek sains dan matematik.

Aku terus berkate2 lagi yang bhase inggeris ni tak penting dan tak lebih setakat pengertian bahasa yang perlu difahami dgn baik.x lancer pun takpe.asalkan reti paham dan bagi respon.

Sudahnye?

Aku terasa amat sukar utk berurusan dgn orang tengah atau bawahan yang kurang memahami inggeris.

Memandang rendah pada golongan tu ke? Jauh sekali untuk berfikiran begitu.


Pekerja asing diambil.

Kerja dibuat dengan cantik tersusun kemas dan tertib.

Pengkhususan kerja buat diorang yakin dengan baik semua kerja diberi.

Tapi foreigner ttp foreigner.kemahiran pekerja iran dgn banladesh tak sama dlm guna bahasa melayu.

Ape bhasa lagi patut diguna utk communicate? Parsi ke telegu? Atuk kamu la..


Di pasar besar mydin yang terbesar di Malaysia.

Semalam kutuju direct kawasan abah aku yang antu pada daging kambing berempah.

Orang kate daging kambing boleh buat darah tinggi naik.hoho…kene cara masaknye boleh control la sayang..

[cuba darah tinggi abah aku tu lebih 140,takde nye aku bagi green light taram segala macam daging.

Kelakar jugak bila terfikir boss aku tu liat sket dgr nasehat awal2.mommy aku jenis patuh arahan kesihatan sket.hahaha…]


Cantik lagi lamb-chop tu tersusun even dah jam 11 pagi.

Biasenye tinggal yang ‘adem-adem’ je.nak memilih pun da takde kuasa memelih daging cantek.

Tp yang ni masih berbalut.

By then,biasenye amik polisterene plate utk letak daging ni.tujuannye utk elak segala macam rempah yang diperap bersama tak hilang.


Siapa aku mintak tolong?

[ sehebat mana pun kamu,bukan semua perkara kamu tahu.jadi minta tolonglah pada yang lain even saham kamu akan jatuh.itu pelajaran untuk hidup agar tidak menyusahkan orang lain kemudian hari .ni slalu aku pesan utk diri sndiri ].

Officer asing yang sentiasa guna walkie-talkie utk pastikan urusan bhagian daging dan ayam dan ikan tu lancar. Dia Nampak kemas dan macam sorang yang tinggi karisma nyer.


Aku :‘sir,where can I get the span for taking this one?

aku tuju hala jari telunjuk pada lamb yang still berbalut.


Officer :’oohh yaa’ kata dia.terus dia cari smthing dan bagi penyepit pada aku,mungkin dia tak paham,

Then aku tanye dlm bahasa Terengganu warisan negeri dkat sebelah daging tu.kebetulan mmg ade brader yang potong2 daging kat sebelah.’


Aku : bang kakne bule dapak spang utk letok daging?


Si penukang potong daging : diam sejuta kate dan bahase.

[entah ape dia piker,sume orang ade masalah.mungkin dia piker masalah kat rumah ke atau dgn makes die ke..atau ape2 lah.itu masalah dia.dan dita adalh pekerja kat situ.tanak kerja ,silakan letak jawatan.layak ke aku cakap camtu dalam ati.tak boleh..dia adalah pekerja swasta..]


Lame kemudian dia tanye,

Si penukang potong daging : ''bang nok wak nape nge spang?''


Aku : ‘’nok ltok daging ni.bese wak gitu.’’


Si penukang potong daging : ‘’gune je plastic dakpe’’.

[ lutut atuk dia!! Bapak gampang jawapan.ni jawapan bingai.dah kerja mungkin lama.tapi main redah je jawap.elok diam dari dedahkan diri yang dah bengap tu.]

Shingga aku diberi oleh sorang lagi pkerja melayu dgn span.

Aku dah boleh senyum dan amik lebih dari satu kilo daging tu.

[hampir sparuh hilang dari yang dijual]


Ape pengajarannye?

Kite reti ke tak reti bahsa inggeris,kite cube fahami.bukan satu kesalahan skadar senyum balik dan buat gaya kite tak tahu bhasa inggeris.kalu org tu masih beragak,then kite masih ade dasar utk pegang yang itu bahsa dia.bukan bhasa kita.dan cubelah blajr bahasa asing ni perlahan2 even usia dah meningkat.takper..boleh cuba.

Kite faham ke tak faham bahase sendiri ni,elok diam dari kite berbalas bahse yang boleh mendedahkan ketidak-cerdikan kite dalm hidup dan skealigus boleh mnyusahkan org lain.


Till then,

adieu.